"LovE iSn'T FinDInG SomEOnE yOu cAn LiVE wIth..iT's fINdiNg SoMEoNe yOu cAn't LivE wItHOut.."

"aNyoNe cAn cAtch mY EyES, bUt iT tAkES sOMeoNe sPecIAl tO cAtCh My hEArt..."

And I pROmiSE..sOmeDAy U'll RegREt lOsINg mE...aNd U'll tHInk bAck aNd sAy "dAmN..ThAT gIrl rEalLy dId lOve Me.."

Tuesday, December 11, 2012

Welcome Back !!

hee...~ saje nak try balik ber'blog'..... da lame tgn tak menaip kat cni...

Sunday, November 21, 2010

siapakah bidadarimu?


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

Anda Semakin Matang Bila... | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Anda Semakin Matang Bila... | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

cinta sejati..


Seutuh kasihmu sayang, adalah dambaan hatiku…
syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu…
Ikhlas mencintaimu...
Abang…


Air mataku mengalir lebat membasahi pipi… ana terkenang kembali nostalgia kisah suka dukaku bersama insan yang telah berjanji setia mengasihiku hingga ke akhir hayatnya...

Dalam debu-debu nipis yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya buatku, ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya untuk diriku ini dengan izin allah rabbul izzati….

Fikiranku kembali mengingati seraut wajahnya yang tenang setenang air di kali… tidak pernah hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana ikhlasnya cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti hadirnya sebagai raja dalam hidup ini…. sentiasa dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun setelah kami berumah tangga… hidupku bahagia dengan hadirnya Amirul Ikhwan, suamiku dunia akhirat,insya allahu rabbi…

Bermulanya perkenalan kami di sebuah institusi pengajian tinggi luar negara… walaupun kami tidak sefakulti, namun jodoh menemukan hati ini…Ikhwan adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku…. Bermula dengan sebuah sajak “Sesuci wajahmu Hawa”nukilannya, hatiku mula tertaut pada Ikhwan… sajak dalam risalah pelajar Muslim “an-Nas” itu kugunting dan kusematkan di dalam diari hijauku… (kebetulan warna kegemaran Ikhwan). Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini akan menjadi jahid yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku… itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan ana tidak mahu ketinggalan merasai ganjaran itu walau ana akur, bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang…. Sesekali terdetik perasaan untuk ana memulakan perkenalan, namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada Allah…

Terkadang, apabila berselisih dengannya, jantungku berdegup kencang… Ingin saja ku melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini… namun maluku mengatasi segalanya… Alhamdulillah… sesekali ana diusik rakan-rakan, tapi ana tidak mengalah. Ego untuk membela akhlakku menyelamatkan diri ini dari terus menjadi usikan rakan-rakan…. ana hanya membisu… Tidak mahu ana layani telatah rakan-rakanku, kerana ana tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu.

Dikala mindaku bercelaru, ana pasti merehatkan diriku di bangku taman universiti. Kehijauan taman itu membuatkan benakku berfikir tentang keesaan Allah sekali gus meleraikan kesedihan jiwa. Bertemankan sebuah buku bertajuk “Semanis Kesabaran” nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah sebelum ana berangkat ke sini, ana duduk bermuhasabah memikirkan betapa lemahnya jiwaku. Tidak setanding mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia, berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang satu… Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap Allah...


Pernah satu ketika, mindaku buntu memikirkan ujian Tuhan yang tidak pernah putus mendambakan kesabaranku menunaikan kifayah ini.. Mengenang nasib ibu dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,dengan pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3 beradik… dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa cinta yang berputik buat Ikhwan. ana mahu menjadi seorang anak yang dapat membela masa depan keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka buatku hingga ke hari ini…..

Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari seorang lelaki… lamunanku tersentak.. Namun ana tidak mendongak…rasa malu sudah datang menerpa… Tapi mengapa?? Ya, suaranya seperti pernah kudengar sebelum ini. Suara yang selalu menggamit mindaku untuk berpindah ke alam khayalan… Suara yang selalu datang dalam mimpiku… Suara yang sering mengimami jemaah solah di surau universiti… Ikhlas dan penuh rasa rendah diri… Kusambut salamnya dengan penuh debaran… Seketika itu ana terasa mahu lari dari tempat itu….

Balik ke bilik dan menelekupkan mukaku ke bantal… ana tahu mukaku tidak merah, kerana kulitku bukannya putih..ana hanya menguntum senyum dibibir … Muncul satu perasaan yang sukar ana gambarkan… Senyumku berbalas. Bahagia…. Cepat-cepat ana membetulkan posisiku, supaya ana tidak teus hanyut dalam perasaan itu… ana tunduk dan lelaki itu melabuhkan punggungnya di bangku kayu jati bersebelahan tempat rehlahku… Ikhwan … Namun dia tidak lama di situ… setelah menghulurkan sebuah bungkusan hijau kepadaku, Ikhwan berlalu pergi… Sekali lagi ucapan salamnya kedengaran…. Beserta bungkusan itu ada sekeping kertas putih bercoret tinta biru… Mujur sebentar saja pertemuanku dengan Ikhwan petang itu… ana tak mahu di salah erti… Dan ana tahu Ikhwan juga begitu…

ana melangkah pulang kebilik…. Kugenggam pemberian Ikhwan sekemas mungkin… Dengan penuh tanda tanya….

Setelah selesai menunaikan fardhuku kepada Allah dan memohon doa padaNya. ana berbaring di katil… Segera kubuka warkah Ikhwan yang belum sempat kubaca…. Hatiku terharu dengan warkahnya yang pertama buatku itu…..

buat kenalanku Imanina

Maaf sekiranya warkah ini mengganggu saudari ketika ini…. Persoalan yang terbuku di minda membuatkan Ikhwan ingin sekali mengetahui apakah permasalahan di minda saudari yang sering Ikhwan lihat duduk berseorangan dan berduka dibangku taman universiti… Bukan sekali Ikhwan lihat saudari di situ, tapi hampir setiap petang…. Niat Ikhwan bukan untuk menyibuk tentang hal saudari, cuma mahu mengetahui mungkin ada sesuatu yang boleh bantu untuk meringankan beban di hati dan mengembalikan keriangan yang pernah Ikhwan lihat di wajah Intan ketika dulu…..

Maaf sekali lagi andai warkah Ikhwan ini tiba pada waktu yang tidak sepatutnya…. Sekian dulu dari Ikhwan, maas salamah…”


ana melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari hijauku….
ana tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman yang paling manis…
Kali ini, menampakkan baris gigiku yang putih bersih… Hasil pengamalan sunnah rasulullah untuk bersugi setiap kali sebelum solah….

ana menghela nafas panjang…. Kuletakkan diariku disisi…
Dan seketika itu ana di buai mimpi…..

Semenjak dari itu. ana semakin akrab dengan Ikhwan… Namun keakraban kami bukan seperti yang selalu digambarkan dalam kaca tv… Akrab yang ana maksudkan adalah dari segi peringatan yang selalu Ikhwan beri buatku, dalam bentuk sajak, cerpen dan puisi… Ikhwan memang pandai menulis…
Hasil karangannya sungguh terkesan dihati ini…
Setiap kali membaca coretan penanya, mindaku terasa ringan dari bebanan masalah… berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan pada kesabaran…

Dengan firman Allah itulah, hatiku semakin yakin menundukkan rasa tekanan yang sering datang menggoyahkan sabarku terhadap cubaan yang diberiNya…
Pada setiap bulan puasa, Ikhwan tidak pernah lupa mengirimkan berkotak-kotak kurma buatku… Katanya berseloroh dalam warkah yang disertakan bersama sekotak kurma yang dikirimnya melalui Hazwani rakan sekuliahku,“ Kurma ini ‘pemanis muka’ buat saudari Imanina di sana.
Segar... Ikhwan petik dari tanah suci. Bila kita berumah tangga nanti, bolehlah kita menunaikan haji bersama-sama ya”… Dalam hatiku. ana mengaminkan selorohnya…

Pernah jua Ikhwan mengirimkan nota-nota fotostat yang dikumpulnya dari rakan-rakan fakulti perubatan dan memberinya kepadaku…Dia berpesan supaya berusaha untuk menunaikan kifayah ini dengan sebaik-baiknya.
Sudah pasti harapan itu tidak kuhampakan… Harapan dari seorang lelaki yang sungguh istimewa dalam hidupku, namun dia tidak pernah tahu. Hasilnya, Alhamdulillah. ana cemerlang dalam setiap peperiksaan tahunanku…….

Ikhwan selalu mengirimkanku doa-doa yang didapatinya dari kitab-kitab ulama terkemuka… katanya doa itu senjata umat Islam… usaha itu datang bersamanya dan tawakkal mengiringi setiap usaha yang tidak pernah mati…

6 tahun berlalu…. akhirnya ana berjaya meraih ijazah yang kuidam-idamkan selama ini… Air mata kesyukuranku tumpah ke bumi. ana bergelar doktor kini…Cintaku Ikhwan (walau dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor di salah sebuah universiti di tanah air.. warkahnya yang hadir setiap bulan menemani hidupku dan membakar semangatku untuk terus berjaya ke akhirnya…. Harapanku untuk menjadi insan yang istimewa dalam hidup hadi, tidak pernah padam, seawal tahun pertama kami disini…. Ibu dan ayah tidak menyertaiku pada hari bahagia itu… Namun kutahu, doa merekalah yang menjadi tunggak kejayaan yang kuperoleh… Dalam hatiku, kupanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah. ana tidak mungkin dapat merasai kegembiraan ini tanpa izinNYa…

Kepulanganku disambut ibu dan ayah…Kedut-kedut di dahi ibu kucium sepuas-puasnya..Urat hijau yang timbul ditangan ayah kukucup dengan penuh kerinduan…Tidak sabar rasanya untuk ana berjumpa dengan adik-adik yang telah kutinggalkan 6 tahun dahulu…Pastinya mereka sedang menunggu
kepulanganku dengan gembira…Setibanya di rumah Mukhlis berlari mendapatkankku, adikku yang paling kecil sekali…
Sudah pasti dia mengenaliku dari gambar yang kukirimkan kepada
keluarga setiap tahun sejak tahun pertama lagi… adikku Hannan
menunggu di halaman rumah dengan senyuman yang penuh ceria
Masih kuingat lagi, sewaktu ana meninggalkannya, Hannan nangis
mahu mengikutku bersama-sama…

Kini Hannan sudah remaja…berkain batik, anak dara sunti lagaknya….
Dia menyambut tanganku lantas mengucupnya dengan titisan air mata…
Dia memang tidak pernah berubah….Mudah sekali mengalirkan air mata...
Memang dia manja denganku….Kehangatan inilah yang kutunggu selama
6 tahun ini, untuk bersama keluarga yang telah lama ana tinggalkan
demi sebuah impian untuk menjadi doktor…Malam itu ayah menyuarakan sesuatu yang mengejutkan ana… seseorang telah datang merisik diriku… Jannah menyiku sambil tersenyum simpul…

”Amirul Ikhwan,” kata ayah… mahu saja ana menjerit kesyukuran ketika itu…
tapi ku tahan… ku tahan perasaanku… kutundukkan muka dan tiba-tiba saja
mengambil alih pergerakkanku… ana bingkas bangun dan meninggalkan ayah,
ibu dan adik-adik di meja makan selepas meminta diri…
terasa bodoh pula tindakanku ketika itu….ana berlari mendapatkan diari hijauku di bawah bantal. Kubuka surat Ikhwan yang dikirimkan dalam bentuk sajak

’Pabila tiba masanya’…
Aduhai Hawa,Pabila tba masanya, ana pasti berlari mendapatkanmu,
mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,Yang setenang air di muara kasih, Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan…
Wahai Hawa,Bila gerimis menyelimuti pawana,Petir menjalar di langit hitam,
Dan bila sengsara datang bertandang,Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan, Agar syahadahmu kukuh bertautan….Bersabarlah Hawa,
Kerana kesabaran itu seindah mutiaraTercipta didasar lautan,
Walau sebesar mana gelombang mendatang,Sinarnya tetap gemilang,
Dan begitulah hakikatnya sabar,Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang…Sungguh wahai Hawa,Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu,Kerana wajahmu yang penuh rahsia,Kerana wajahmu yang membuatkan ingatanku pulang, Pada yang maha Esa....


Menjadikan lidahku kelu berkata-kata…..
Kugenggam erat warkah itu dan ku baca berulang kali….
Seolah-olah mimpi jadi kenyataan…
Ikhwan bakal suamiku…. Kedengaran pintu bilikku diketuk berulang kali…
Emak masuk dan melemparkan senyuman yang selalu ana rindu suatu ketika dahulu..kata emak, semuanya terpulang padaku….
”Mahu atau tidak… emak tak kisah,
asalkan anak emak gembira”……Ku berbisik di telinga emak
tanda memberikan kata setuju…
Kukucup jemari kurus emak lantas emak membalas
dengan belaian yang penuh kasih…..
Walau emak sudah semakin berusia…. segar kasihnya masih lagi seperti dulu….

Amirul Ikhwan dan Nur Imanina >> Ikhwan & Imanina...
selamat diijab kabulkan……….

Banyak yang ana pelajari dari perkongsian hidupku dengan Ikhwan…
rajukku di pujuk.. lembut dan tenang…Sedihku di redakan dengan kemanisan
wajahnya dan belaiannya cintanya padaku…Dan begitu juga ana,
menyayanginya dengan sepenuh jiwa…Dialah lelaki pertama dan terakhir
yang akan menjadi raja hidupku ini… ana cuba menjadi isteri yang solehah walau kelemahan ku tetap muncul di sana sini….Namun suamiku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hatinya…
Tidak pernah sekalipun lakunya menampakkan kekuranganku… pernah sekali,
keluhan terhembus dari bibirnya…Kelemahanku dibaikinya dan diganti dengan kekuatan… Ya, kekuatan sebagai seorang wanita Islam yang perlu berjuang menegakkan agama dalam setiap geraklakunya….

Begitulah pesan Ikhwan yang kini kupanggil ’abang’…
Setiap kali selesai solat…Abang akan memberikan tazkirah buat peringatan
kami dunia akhirat… Tidak pernah sekali abang terlepas dari menjadi imam
fardhu ketika kami sama-sama dirumah…Tahajjud pun kami lakukan berjemaah
Sungguh ana rasa bahagia manisnya berumah tangga yang cintanya berlandaskan syiar Islam…Masih ana ingat lagi, sewaktu malam pertama ana dan abang, kami solat hajat dan sujud syukur bersama-sama….
Kata abang,biarlah landasan dan tapak masjid yang kami bina ini atas dasar ibadah, nafsu semata-mata... hingga ke hari ini…
pesan abang bersemadi di hati…
Setelah 6 tahun berumah tangga, kami dianugerahkan 3 cahaya mata
Intan Syafarin Hanni, Mohd Hakimi, dan yang bongsu Mohd Hazwan...

Malam itu, abang Ikhwan menyuarakan hasratnya padaku,
tentang menunaikan rukun Islam yang kelima bersamaku dan anak-anak…
Ya, seperti dalam selorohnya yang ku aminkan dulu…
ana tersenyum sendirian …pastinya ana setuju dengan cadangan itu…
Ikhwan menanggung perbelanjaan ibadah itu…
simpanan sejak di universiti lagi katanya… ana terharu…
Kata Abang Ikhwan,umrah dan haji biarlah dilakukan bersama-sama
sementara waktu mengizinkan… seperti yang selalu diingatkannya…
hidup sebelum mati’……Setelah tamat kursus haji kami berangkat ke Tanah Suci

Ibadah yang kami lakukan berjalan lancar. Cuma abang Ikhwan kelihatan
begitu sihat seperti sebelumnya… Apabila ditanya…
hanya kuntuman senyum yang diberikan kepadaku, seperti selalu…
Di Tanah Suci kupanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah
memakbulkan pinta hajatku selama ini… Hanya Dia yang tahu sedalam mana cintaku kepada abang Ikhwan…
Hanya Allahlah tempat ana bermohon selama ini…
Hanya Dialah yang berkuasa memberi dan menarik balik rezeki…
ana bersujud kepada Allah malam itu dengan penuh rasa rendah diri…
Kudoakan hidup dan mati kami sekeluarga serta keturunan kami
dalam iman dan taqwa serta redhaNya… Biarlah hidup dan mati kami
dalam limpah kurniaNya…… Malam itu abang Ikhwan batuk tidak berhenti-henti….

Badannya panas dan mukanya merah seperti menahan kesakitan…
Sebagai seorang doktor, bukan mudah bagiku memeriksa tubuh itu…
Tambahan pula, itu suamiku… Cintaku… Kasihku…
Doktor yang bertugas memberi tahu bahawa abang
Ikhwan diserang demam panas….
abang Ikhwan mungkin tidak dapat mengikuti kami bertawaf keesokan hari…
jadi abang Ikhwan terpaksa tinggal di apartment…
ana sebagai isteri tidak mungkin sanggup meninggalkan abang
Ikhwan seorang diri..Sepanjang hari ana menemani suamiku…..
ana hanya mengalirkan air mata di sisinya ..ana fahami kesakitannya…

Namun hanya dengan izin Allah abang Ikhwan akan sembuh semula
Segala medikasi yang disediakan ku berikan kepada Ikhwan dengan penuh
harapan agar dia sihat seperti sedia kala…Pipiku diusapnya… lemah… tidak bermaya..namun, kehangatan kasihnya masih terasa….Dalam nafasnya yang lemah, abang Ikhwan berpesan kepadaku…
“Sayang….terima kasih abang ucapkan buat dirimu…
kasih atas kasih sayang yang tak pernah padam darimu buat abang…
terima kasih kerana memberikan abang anak-anak yang soleh dan solehah, insya allah”….

Abang Ikhwan menarik nafas panjang dan menyambung kata-katanya…
kulihat air mata kasihnya berjuraian disisi… Ini kali kedua kulihat abang menangis… pertama adalah sewaktu melihat ana melahirkan anak sulungku… Intan Syafarin Hanni “Sayang, ingatlah tautan kasih yang terjalin antara kita dengan izin Allah…Panjatkanlah syukurmu buatNya sayang…
Jangan pernah lupa…Teruskan mendidik anak-anak kita mendalami Islam dan menjaga iman mereka dengan sepenuh jiwa…
Berjuanglah membela Islam dan jangan berhenti sebelum menang
Buat dirimu sayang, abang sejak dulu tidak pernah lupa berdoa agar kau
milik abang suatu hari nanti… Alhamdulillah, hajat abang termakbul……
Maafkan kesalahan abang andai kata abang pernah melukan hatimu”……

Dan ana lihat Abang terlena…manik-manik putih dimatanya berjuraian lagi…
kukucup pipi abang… Sendu semakin terpahat di hati ini…
itu, abang memanggilku dan anak-anak supaya berada di sisinya…
Abang berpesan kepada anak-anak kami supaya menjagaku sebaik-baiknya
Dan bersikap mengikut sunnah Rasululullah…Pesan abang,
jadikanlah sabar itu sebagai asas perjuangan hidup kami
dalam dunia yang semakin mencabar keimanan ini……
Anak-anakku terus menerus membaca Al-fatihah…
Itulah yang dipesan oleh Ikhwan
anak-anak kami… ”Al-Fatihah itu sedekahkanlah kepada emak dan ayah…
kiralah dimana pun kamu semua berada… Utuhkanlah ikatan kekeluargaan
kita dan tanggungjawab yang terpikul dengan iman di dada…
Selesaikanlah semua permasalahan antara kita dengan
merujuk kepada kitabNya”…
Anakku yang sulung membelai rambut ayahnya.
lihat anak-anakku membeningkan tangisan di mata mereka….

Abang memandangku dengan mata yang sayu …
”Assalamu'alaikum”…. kata abang....
Walau matanya tak bersinar seperti dulu, namun keikhlasannya tetap kurasai…
Tanganku digenggamnya seerat mungkin…
Kubisikkan syahadah ditelinga abang….
”asyhadu alla ilaa ha illallah”….Abang mengulangnya…
perlahan-lahan, tetapi jelas….

Hembusan terakhir nafas abang melepaskan perlahan tanganku dari genggamannya……Abang pergi menyambut panggilan Ilahi…
Sebelum kuselimuti seraut wajah manis
abang yang pernah menceriakan hidupku dulu,
menepis segala kepahitan jiwaku,
kukucup dahi abang sekali lagi dan kusedekahkan
Fatihah buat dirinya…
Walau hati ini tersayat luka…
Namun ana gembira kerana pernah menjadi seorang
isteri kepada lelaki yang soleh dan telah membimbingku kejalan bahagia ini…

Terima kasih abang….. Jenazah abang Ikhwan kami kuburkan di tanah suci…
itulah harapan yang pernah disuarakannya satu ketika dulu…
kami sampai disini.. Sewaktu bermulanya perkenalan kami lagi… ”
Insya Allah, saya teringin sangat mengakhiri riwayat hidup saya di Tanah Suci”
itulah jawapannya bila kuajukan soalan tentang impian hidupnya…..

Warkah terakhir darinya kubuka dan kubaca sekali lagi…
Warkah yang diminta supaya ana membacanya apabila kami selesai menunaikan ibadah haji dan pulang ke tanah air…..

Sayang, Bila bumi memanggilku kembali,
jasad ini tidak bernyawa lagi,
Ketahuilah hanya engkau pernah menjadi permaisuri hati,
Melengkapkan citaku selama ini…. Bila kita saling terleka,
semakin ditelan usia, Atau terpisah oleh ketentuanNya,
hatimu pada kasih abadi, Kasih Allah Rabbul Izzati….
Sejak dulu wajahmu menjadi ratu hatiku,
Doaku menginginkanmu, Kutahu doamu pun begitu,
kau simpan suara hatimu demi jihad itu,

Ini yang membuatkan hatiku semakin tertawan padamu…..
Syukran temanku, suriku, cahaya hidupku,
Abadikanlah kenangan dan kasih kita bersama keakhirnya,
Walau antara kita terpisah jasad dan nyawa……
, amal dan taqwa tetap bersemi di hati selamanya….
Seutuh kasihmu sayang, adalah dambaan hatiku…
syukur atas rahmat Tuhan yang satu… ….
Assalamu'alaikum…. Ikhlas mencintaimu... Abang….


Kulipat kemas warkah abang dan kusimpan dalam diari hijaunya..
Ya, warna kegemaran kami berdua…
Ada lakaran wajahku pada muka terakhir diari itu
ana tersenyum… Kukucup wajah abang dalam gambar
yang kulekatkan dalam diariku….
Wajah manis itu seakan menyambut kucupanku…..

“Mak”…. Lamunanku tersentak…
menghampiriku… 6 tahun berlalu….
anak-anakku sudah membesar semuanya…
Membesar dengan kasih sayang dan pesan ayah mereka
selalu menegakkan Islam walau dalam apa jua perkara…
Bahagia inilah yang pernah kurasai dulu… ”Mak, adik tanya,
tu?? apa maksudnya mak…. ”kata Hazwan menggaru-garu kepala…
rambut anakku dengan penuh kasih sayang, ”Sekejap lagi mak datang”,
balasku…Anakku mengangguk-ngangguk dan menyimpulkan senyuman..

Seiras wajah ayahnya.. Akan ku jelaskan maksud jihad sejelasnya
kepada anak-anakku kerana ANUGERAH JIHAD INI lah yang
telah membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan
kami sekeluarga hingga ke detik ini….……….. Amin….

Hidupkan hati dengan tazkirah kehambaaan...
Sekali lagi tazkirah dengan kehambaan penting.
Dengan sifat kehambaan, kita akan harapkan Allah untuk meneruskan momentum amal ketika 'down'. Dan apabila kita terlalu bersemangat, sifat kehambaan akan mengingatkan kita bahawa kita hidup dalam sistem yang ada fitrahnya. Fitrah sistem alam ini perlukan masa untuk berubah,
dan perubahan biasanya akan perlahan-lahan.
Bila kita ingat selalu hal ini, kita akan 'menasihatkan'
diri agar jangan tergopoh. Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan -
itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan -

itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji. Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan." -Imam Hassan al-Banna........




12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Sembahyang


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :- 

Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
  • Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
  • Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
  • Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
  • Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
  • Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
  • Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya:-

  • Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
  • Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
  • Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka